Monday, April 14, 2008

DIARI AKADEMI FANTASIA MUSIM KEENAM MINGGU KELIMA HARI PERTAMA


Diari Minggu Kelima Hari Pertama Akademi Fantasia Musim ke-6


Faisal merupakan pelajar kelima yang tersingkir dalam Akademi Fantasia Musim Ke-6


Faisal mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi untuknya selama empat minggu dan juga kepada tenaga pengajar yang telah membantunya dalam vokalnya.


Faisal mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakannya sebelum dia beredar dari Pentas Sivik MBPJ hari Sabtu yang lalu, 12 April 2008 setelah dia diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir di penghujung konsert.


Semoga Faisal meneruskan kerjayanya dalam bidang nyanyian.

Konsert Minggu Keempat Akademi Fantasia 6 baru sahaja berakhir pada hari Sabtu yang lalu, 12 April 2008 di mana seorang lagi pelajar yang tersingkir dan tidak dapat mengekalkan dirinya untuk mara ke minggu kelima.

Faisal membuat persembahan dengan menyanyikan lagu "Joget Bunga Melati" yang dipopularkan oleh Halil Chik. Setelah ditegur oleh Pengetua dalam diari minggu keempat, Faisal telah berlatih dengan tekun untuk membuat persembahan yang lebih baik dalam konsert minggu keempat. Pada pendapat saya Faisal telah cuba buat yang terbaik dan semoga dia akan berjaya dalam bidang ini.

Kini tinggal 9 pelajar yang masih kekal hingga ke minggu kelima. Bagaimana agaknya mereka akan dapat menerima cabaran lagu tugasan baru mereka pada malam ini nanti?



Kini cuma tinggal 9 Pelajar yang akan membuat persembahan mereka dalam konsert kelima nanti. Apakah lagu tugasan baru yang akan diterima oleh mereka? Sama-samalah kita saksikan dalam Diari Minggu Kelima Hari Pertama pada jam 9 malam nanti.

Tangga kedudukan 9 pelajar yang terkini pada 14 April 2008

ALIF 17%
NUBHAN 16%
STACY 14%
STANLY 12%
RIZ 10%
NADIA 8%
TOI 8%
SAIDA 8%
RINA 6%

Helo, kita kembali lagi dalam kemaskini bahagian kedua Diari Minggu Kelima Hari Pertama pada malam ini.

Tugasan baru telahpun diberikan oleh Pengetua kepada 9 pelajar yang masih kekal di Akademi. Mereka dikehnedaki untuk menyanyikan lagu yang diterima oleh mereka selepas satu jam tanpa melihat lirik lagu. Mengikut Pengetua, dia ingin dengar melodi daripada mereka.

Berikut adalah lagu tugasan yang akan mereka nyanyikan dalam Konsert Minggu Kelima pada 19 April 2008.

Lagu Tugasan Pelajar Lelaki:

Nubhan : Kembali Senyum (Izwan Pilus)
Riz : Time Is Running Out (Muse)
Stanly : Umi (Dato' Shake)
Alif : Hai (Adam)
Toi : Beautiful Girls (Sean Kingston)

Lagu Tugasan Pelajar Wanita:

Rina : Sorga Dan Neraka (Hetty Koes Endang)
Nadia : Kalis Rindu (Elyana)
Saida : Bila Bunga Berguguran (Fauziah Ahmad Daud)
Stacy : Makhluk Tuhan Paling Sexy (Mulan)

Kesemua pelajar tersebut telah bejanji untuk melakukan yang terbaik untuk minggu ini.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by