Monday, August 4, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-38 YANG DISIARKAN PADA 4 OGOS 2008, ISNIN PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-38 YANG DISIARKAN PADA4 OGOS 2008, ISNIN PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta


Episod 38 sinetron Anakku Bukan Anakku yang disiarkan pada 4 Ogos 2008 pada jam 2.30 petang di TV3


Episod 38 sinetron Anakku Bukan Anakku yang disiarkan pada jam 2.30 petang, 4 Ogos, 2008, Khamis:


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 38 bahagian 1-5
Episod 38

Edo pergi mendapatkan kad pengenalan palsu Taty(Tatia)untuk rancangan seterusnya. Luci ingin membuat panggilan kepada Adel tetapi dia tidak dapat menghubunginya. Dia menelefon Adel sekali lagi ke kediaman mereka kali ini setelah tidak dapat menghubungi Adel ke telefon bimbitnya. Vivian menerima panggilan tersebut dan dia berasa hairan apabila diberitahu Luci Adel tiada di kamarnya.


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 38 bahagian 2-5
Adel dan Bayu berada di kamar Fatimah berbincang mengenai sesuatu dan mereka meminta Fatimah agar dia terus menyembunyikan daripada Vivian bahawa dia bukannya diupah dari agensi pekerjaan. Sebenarnya Fatimah adalah anak saudara kepada Bayu. Bayu dan Adel juga meminta Fatimah berjaga-jaga terhadap Timo.


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 38 bahagian 3-5
Nenek Taufan khuatir apabila Tatia dan Taufan masih belum pulang lagi. Akhirnya mereka mendapat panggilan daripada Taufan memberitahu neneknya bahawa Nur (Tatia)ditimpa kecelakaan(kemalanagan) dan kini berada di rumah sakit.

Taufan sedih dan risau dengan keadaan Tatia yang tercedera dan kini masih belum sedar lagi. Vivian memikirkan di mana Adel berada apabila dia tidak berada di kamarnya. Rona memberitahu Bayu dan Adel melalui telefon bimbit meminta mereka berhati-hati.

Adel dan Fatimah pura-pura berlakon untuk mengaburi Vivian dan Nico apabila mereka mendapat tahu daripada Rona bahawa Vivian dan Nico sedang menuju ke kamar Fatimah. Adel memberitahu Fatimah bahawa Bayu dan Rona adalah cuma pembantu mereka dahulu. Adel pura-pura terkejut melihat kedua papa dan mamanya apabila dia membuka pintu kamar Fatimah untuk keluar.


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 38 bahagian 4-5

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel untuk video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 38)





Vivian memberitahu Adel bahawa seseorang yang bernama Sederhana(Luci) telah menelefonnya. Vivian tahu bahawa Sederhana yang dimaksudkan oleh mamanya adalah Luci dan berasa hairan apa yang hendak diberitahu oleh Luci kepadanya.

Syaitan dan salah seorang rakan Edo (yang menyamar sebagai ibubapa Taty(Tatia) tiba di kediaman Taufan bersama polis tetapi Satpan (pengawal kediaman Taufan) memberitahu mereka bahawa semua orang telah pergi melawat Nur(Tatia) di rumah sakit. Syaitan pura-pura pengsan mendengar berita kecelakaan (kemalangan) yang telah menimpa Nur(Tatia).

Vivian kurang sihat setelah minum kopi yang telah dibancuh oleh Adel(Adel telah membubuh sesuatu dalam minuman Vivian dalam episod sebelum ini). Adel menghubungi Luci dan sewaktu Vivian ingin menelefon doktor mengenai kesihatannya yang kurang sihat, dia terdengar perbualan di antara Luci dan Adel. Luci memberitahu Adel bahawa Tatia masih hidup dan kini Rafli telah mendapatkan alamat Tatia dan menuju ke balai polis. Adel terkejut mendapat tahu bahawa Tatia masih hidup dan memberitahu Luci mereka harus melakukan sesuatu.


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 38 bahagian 5-5



Vivian terdengar semua perbualan di antara mereka berdua dan terkejut. Selepas itu dia terus memberitahu Nico yang pada masa itu ada di sisinya bahawa dia baru sahaja mendapat berita yang mengerikan lalu pengsan.





Di penghujung episod ke-38, Tatia tersedar dan dia hilang ingatan sekali lagi. Apabila nenek Taufan memanggil namanya, Nur(Tatia) menanyakan siapa mereka semua? Adakah dengan hilang ingatan Nur(Tatia) tentang nenek dan Taufan akan mengembalikan ingatannya kepada waktu sebelum dia terjatuh di dalam sungai sewaktu berada di puncak dan akan ingat kembali bahawa dia adalah sebenarnya Tatia?



Untuk mengetahui kisah selanjut ini, jangan lupa untuk terus mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 39 pada hari esok jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.


Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008.

SAMBUNGAN KISAH SINETRON "SALAH MENCINTA" EPISOD 20 (EPISOD TERAKHIR) PADA 4 OGOS DI ASTRO ARUNA SALURAN 121 PADA JAM 1.00 HINGGA 2.00 PETANG


Episod 20 (Episod terakhir) Sinetron "Salah Mencinta" pada 4 Ogos 2008 bersiaran jam 1.00 - 2.00 petang hari Isnin hingga Jumaat setiap minggu.

Dibintangi oleh pelakon:

Nama: Ibnu Jamil
Tarikh Lahir: 30 April 1982
Umur: 26 tahun

Icha Nurbani,
Ichi Nuraini,
Maya Caroline

Lirik lagu Hanya Ingin Kau Tahu - Republik

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo

Episod 20 (episod yang terakhir sinetron Salah Mencinta di Astro Aruna Saluran 121)

Episod 19 berakhir dengan Santi dihalau oleh Fahri setelah mendapat tahu bahawa dia adalah Santi yang menyamar sebagai Sinta selama ini.

Episod 20:

Fahri menyesal kerana tidak memopercayai kata-kata isterinya, Sinta selama ini dan akibatnya telah tertipu oleh Santi berbulan-bulan. Andre meminta maaf kerana tidak berterus terang mengenai hal Santi tetapi menurutnya walaupun dia memberitahu Fahri kejadian ini, mungkin dia tidak akan mempercayainya juga.

Mama Fahri mengajak Fahri menjemput Sinta pulang ke rumah mereka semula dan berharap agar Sinta akan memaafkan mereka. Santi menjerit-jerit nama Sinta di kediaman mamanya. Asti begitu sedih dengan kelakuan Santi yang begitu kejam terhadap Sinta. Santi terus mendesak mamanya memberitahu di mana Sinta berada tetapi sudah tentu mamanya tidak akan berbuat demikian.

Bayu dan dua pengikutnya yang jahat terus memburu Santi dan bercadang untuk membunuh orangtua Santi. Kata Bayu lagi sekiranya orangtua Santi mati pasti Santi akan keluar dari tempat sembunyi.

Iwan mendera dan memukul Mra dengan teruk dan menguncinya di dalam bilik stor. Tia tidak tahan lagi dengan sikap bapa mertuanya dan ingin melakukan sesuatu supaya mamanya tidak akan diseksa oleh Iwan lagi. Dia mempunyai satu rancangan iaitu membubuh racun dalam makanan Iwan dan Dodi sewaktu menghidangkan makanan kepada mereka.

Di rumah pembantu mereka yang terletak di kampung, Sinta meminta mamanya pulang tetapi menurut Asti, dia ingin menemani Sinta dan bayinya daripada ancaman Santi dan Bayu.

Sebelum Iwan dan Dodi sempat menikmati makanan yang telah diracuni Tia, Feri tiba dan meeka saling membunuh dan akhirnya ketiga-tiga mereka mati di tempat kejadian. Fahri meminta maaf daripada Sinta kerana membuatnya derita. Sinta mengalirkan airmatanya sambil memaafkan Fahri kerana menurutnya Fahri adalah suaminya. Selepas itu, Fahri dan mamanya menjemput Sinta dan bayi mereka pulang ke rumah dan disambut dengan gembira oleh Andre dan Nina.

Santi tiba di rumah Iwan dan terkejut apabila dia mendapat tahu bahawa Iwan, Dodi dan Feri telah mati. Aryo menegur Sofi yang masih mahu berbelanja dengan boros sedangkan mereka masih menghadapi krisis masalah kewangan.

Pembantu Asti berharap semoga Aryo akan kembali di sisi Asti suatu hari nanti. Aryo sudah tidak tahan lagi dengan sikap Sofi dan rasa tertekan dengan cara gaya hidup Sofi yang banyak berbelanja. Aryo menampar Sofi kerana sewaktu pertengkaran. Akhirnya Sofi meninggalkan Aryo.

Sewaktu Aryo sedang berehat di kamarnya, dia gterkenangkan masa silam bagaimana dia telah menyakiti hati Asti yang begitu setia dengannya. Aryo menyesal dengan perbuatannya selama ini dan berharap agar Asti akan memaafkannya.

Sofi pulang ke pangkuan suaminya dan meminta ampun daripada Ferdi. Sebaliknya Ferdi ingin menceraikannya dan mahu mengambil hak penjagaan Fino anak lelaki mereka. Semuanya sudah terlambat dan Sofi dihalau keluar dari rumah mereka oleh Ferdi. Fino terdengar pertengaran mama dan papa mereka dan merayu kepada papanya agar membenarkan mamanya masuk. Ferdi yang berhati lembut terpaksa memaafkan isterinya demi kebahagiaan anak mereka, Fino.

Aryo pulang ke rumah berjumpa dengan Asti dan meminta maaf daripadanya kerana telah menyakiti Asti dan memberitahunya bahawa dia adalah satu-satunya perempuan yang menghargai Aryo. Asti akhirnya maafkan suaminya dan terimanya kembali untuk ke pangkuannya.(A very touching scene when Asti forgave his husband, Aryo). Pembantu rumah mereka bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana doanya telah dikabulkan.

Bayu masih belum puas hati dan mahu teruskan pencarian untuk membalas dendam terhadap Santi. Bayu mengikut kenderaan Aryo dan Asti. Setelah dia tiba di rumah Fahri dia mengambil pistol dari keretanya.

Santi juga tiba di rumah Fahri pada waktu yang sama kerana dia irihati dengan Sinta dan ingin membunuhnya dengan pisau. Santi mendukung bayi Sinta dari katil sewatu Sinta berada di bilik air.

Sinta ternampak apa yang dilakukan oleh Santi dan merayu kepadanya untuk mengembalikan anaknya kepadanya tetapi Santi enggan. Bayu yang berada di situ pada ketika itu menembak Santi apabila Santi menikamnya dengan pisau. Bayu terjatuh dari balkoni rumah dan mati. Santi pula menjadi gila dan asyik berkata dia adalah Sinta dan bukannya Santi.

Sinetron Salah Mencinta berakhir di sini dalam episod 20. Semoga kisah 20 episod sinetron ini akan lebih menceriakan petang anda. Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron baru akan menemui anda dalam episod pertama pada hari esok.

Online Visitors

Thank you for dropping by