Friday, October 16, 2009

EPISODE 83 - SAMBUNGAN SINETRON SEKAR PADA 16 OKTOBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI ASTRO PRIMA SETIAP HARI ISNIN - JUMAAT


Sinetron Sekar mula menemui penonton pada 23 Jun 2009 pukul 2.00 petang dan 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan siaran ulangannya pada keesokan hari pada pukul 4.00 petang - Episode 83 dari Isnin hingga Jumaat pukul 3.00 petang dan siaran ulangan pada 11.00 malam

**********************************************************************

Tema Pembukaan Baru Sekar

**********************************************************************


g
n
i


Sambungan sinopsis sinetron Sekar Episode 83 pada 16 Oktober 2009 yang telah bersiaran di Astro Prima pada pukul 3.00 petang:

Rimba dan Syifa bertemu kembali dengan Sekar. Sekar bawa mereka berdua ke tempat dimana ibunya berada. Syifa meminta maaf kepada Risma dan Sekar kerana telah bersikap kasar terhadap mereka. Sekar kata mereka terpaksa tidur di jalanan kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menyewa rumah dan nasib baik mereka menemui suatu tempat yang sebegini untuk penginapan. Rimba mempelawa Risma, Sekar dan Syifa untuk tinggal di rumah mereka walaupun buruk katanya. Mereka bertiga dibawa pulang ke rumah Rimba dan Rimba membersihkan tempat tidurnya untuk mereka bertiga. Risma terharu mendapat tahu Rimba adalah seorang yang begitu baik dan katanya kepada Sekar Rimba berhati emas.

Sekar tanya Syifa kenapa dia larikan diri dari rumah lagi. Syifa kata dia terdengar perbualan mak cik Talia dan neneknya berkata bahawa dia bukannya anak kandung Brama dan apabila dia tanya adakah itu benar neneknya berkata dia tersalah dengar. Oleh itu, Syifa pun larikan dari rumah kata Syifa lagi.

Sewaktu Rimba membeli nasi bungkus, dua orang suruhan Yurika menelefon Yurika dan memberitahunya di mana Syifa berada. Yurika dan Talia pergi ke rumah Rimba dan ingin membawa Syifa pulang tetapi Syifa enggan. Pergaduhan berlaku dan kedua orang suruhan Yurika memukul Rimba dan memaksa Syifa pulang bersama dengan Yurika dan Talia. Syifa dikunci dalam biliknya. Rendra tanya Yurika apakah masalahnya sehingga Syifa dikurung oleh Yurika. Kata Yurika dia hanya ingin disiplinkan syifa dan tiada masalah yang penting. Sekar merawat lebam di muka Rimba. Rimba meminta maaf kepada Sekar kerana tidak berjaya mempertahankan Syifa.

**********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 83


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 83 Part 1


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 83 Part 2


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 83 Part 3


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 83 Part 4

**********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima, http://www.rcti.tv, Sinemart, http://id.wikipedia.org dan semua pihak atas semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Sekar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by