
PELAKON:
Munif Isa, Sari Yanti, Irfan Roslan, Razak Ahmad, Liza Abdullah
Sinopsis BFF Teman TApi Mesra di TV3
Iskandar (Munif Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan sering berkongsi masalah. Selepas SPM, Iskandar diterima sebagai pelatih juruterbang manakala Shahidah terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk belajar di universiti tempatan. Jauh di lubuk hati, Shahidah masih menyimpan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di ibu kota.
Iskandar yang sudah menjadi seorang juruterbang bersimpati melihat kawan baiknya hidup dalam kongkongan ibu bapa. Lantas, dia terfikir untuk melamar Shahidah. Demi kebebasan dan minat terhadap kerjaya yang diimpikan, Shahidah menerima lamaran Iskandar walaupun cinta tidak pernah hadir dalam hubungan mereka. Selepas berkahwin mereka berpindah ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun mereka tinggal berasingan.
Iskandar dengan kerjayanya dan Shahidah pula berpeluang berkerja dengan pereka fesyen pujaanya, Elaira. Di kala ada masa terluang, mereka akan berjumpa dan bertukar cerita tentang kerjaya masing-masing. Tapi tidak pernah berbual tentang cinta. Hanya berbual tentang impian mahu menjadi yang terbaik dalam industri yang mereka ceburi.
Sehinggalah suatu hari, Iskandar telah jatuh cinta dengan Karmila, seorang pramugari. Shahidah mula rasa kesunyian kerana Iskandar asyik melayan Karmila. Dia mula rindukan perhatian Iskandar.
2 tahun sudah berlalu, Iskandar berbincang dengan Shahidah tentang penceraian mereka kerana dia merancang untuk berkahwin dengan Karmila. Walaupun hati Shahidah terguris tetapi dia menerima hakikat bahawa mereka akan ‘berpisah’ pada suatu hari juga. Namun, hasrat mereka terpaksa ditangguhkan kerana ibu Shahidah meninggal dunia.
Hubungan Iskandar dan Karmila putus apabila Karmila beralih cinta kepada seorang duda yang kaya. Iskandar terluka dan Shahidah sentiasa berada di sisinya untuk memberikan kata-kata semangat. Lalu Iskandar sedar bahawa Shahidah bukan lagi teman baiknya tetapi juga pasangan hidup yang lengkap. Iskandar telah jatuh cinta kepada teman baiknya sendiri. Bagaikan sudah terlambat bagi Iskandar kerana Shahidah semakin rapat dengan Emran (Irfan Roslan) pulak...
Apakah kesudahannya? Di bawah arahan Amy Maziah, ikuti drama menarik 8 episod ini setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.
Episode 1
Bff Teman Tapi Mesra Episode 1 pada 15 Januari 2012
Episode 2
Bff Teman Tapi Mesra Episode 2 pada 22 Januari 2012
Episode 3
Bff Teman Tapi Mesra Episode 3 pada 5 Februari 2012
Episode 4
Bff Teman Tapi Mesra Episode 4 pada 12 Februari 2012
Episode 5
Bff Teman Tapi Mesra Episode 5 pada 19 Februari 2012 Part 1
Bff Teman Tapi Mesra Episode 5 pada 19 Februari 2012 Part 2
Bff Teman Tapi Mesra Episode 5
Video klip BFF Teman Tapi Mesra Episode 5 Part 1
Video klip BFF Teman Tapi Mesra Episode 5 Part 2
Video klip BFF Teman Tapi Mesra Episode 5 Part 3
Episode 6
Bff Teman Tapi Mesra Episode 6 pada 28 Februari 2012
Bff Teman Tapi Mesra Episode 6
Video Klip BFF Teman Tapi Mesra Episode 6
Episode 7
Bff Teman Tapi Mesra Episode 7 pada 6 Mac 2012
Video Klip BFF Teman Tapi Mesra Episode 7
Episode 8
Bff Teman Tapi Mesra Episode 8pada 13 Mac 2012
Video Klip BFF Teman Tapi Mesra Episode 8
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.tv3.com.my/
http://www.kepalabergetar.net/
http://www.perekacerita.com
http://mediaprimatv.blogspot.com/
bulanpurnama121 Channel
mptvlinks1 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments:
Post a Comment