Monday, March 30, 2009

SAMBUNGAN SINOPSIS DRAMA LAGENDA JULIAJULI EPISODE 16 PADA 30 MAC 2009 PADA JAM 4.30 PETANG DI TV3 SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS



JANGAN LUPA UNTUK MENGIKUTI SEBUAH LAGI DRAMA BARU BERJUDUL "JULIA JULI" (Jula Juli Bintang Tiga) MELALUI SLOT LAGENDA DI TV3 MULAI 3 MAC 2009 JAM 4.30 PETANG SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS/TV9 SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS JAM 8.30 MALAM - EPISODE 16

Barisan pelakon yang membintangi "Julia Juli" adalah:

Misha Omar sebagai Julu
Sayiddah sebagai Jula
Dynaz sebagai Juli
Zed Zaidi
Danny X-Factor
Abby Abadi
Rahim Jailani
Syawal AF5
Aqasha
Imuda
Irene Tan

Sambungan sinopsis/review Drama Lagenda: Julia Juli Episode 16:


Remy menunggu kepulangan Ju. REmy memberitahu Ju bahawa dia cuba nak menggoda Ju. Lepas itu, Ju kata sekiranya hatinya tak senang tak berkenan juga. Apa yang mereka sedang buatpun dah lumayan dan mencukupi. Sofia kembalikan kunci rumah kepada temannya Diana dan berkata mereka tetap kawan. Izwan membantu Sofia berpindah ke rumah Julia. Sofia sampai di rumah Julia dan dia mengucapkan terima kasih kepada Julia kerana sudi memberinya tumpang tinggal di rumahnya. Julia berkata Sofia beruntung mendapat teman lelaki seperti Izwan.

Julia memberitahu Sofia bahawa rumah tersebut adalah kepunyaan Arif. Julia memberitahu sewa rumah adalah cuma RM300. Apabila Izwan ingin memberi Julia wang deposit sewa rumah kepada Julia, Sofia berkata dia akan membayarnya sendiri. Ju ingin berpindah rumah dan hasratnya diberitahu kepada ibu Remy. Ju berkata dia tidak sedap hati kerana selama ini dia seperti menggangu sahaja.

Julia masuk ke pejabat Arif dan dia memberi kunci kereta kepada Julia. Julia gembira dengan pemberian Arif. Ju memberitahu Remy tentang dia ingin berpindah rumah. Di kayangan, ibu Ju risau melihat keadaan anak mereka. Julia belajar memandu kereta. Arif berharap Julia sukakan kereta itu. Julia menjawab dia suka dan Arif adalah seorang yang baik. Ibubapa Juli, Jula dan Jula ingin menghantar Dino untuk turn ke bumi mengawasi anak-anak mereka supaya tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku. Sofia dapat rasakan bahawa Julia amat memahaminya. Kini setelah dia tinggal bersama-sama dengan Julia dia seperti ada perhubungan dekat dengan Julia.Ibubapa Ju berkata kepada Dino untuk melindungi anak-anak mereka supaya tidak berlaku jahat tetapi tidak perlu membawa mereka pulang ke kayangan.

Ju menelefon Julia dan berkata dia sudah bersedia untuk pindah tinggal bersamanya. Julia membuat temu janji dengannya pada hari minggu. Ayah Remy rasa senang hati apabila dia tahu Ju ingin pindah. Sofia bancuh air koko panas untuk Julia yang baru pulang dari bekerja. Sofia berkata bahawa dia mendengar cerita mengenai Izwan yang sedang rapat dengan Linda seorang pelakon juga. Julia meminta Sofia yakin dengan dirinya dan usah dengar cakap orang. Sekiranya dia ingin mendapat kepastian, adalah lebih baik sekiranya Sofia bertanya kepada Izwan sahaja.

Dino diminta membuat profile dan selidik semua teman lelaki anak-anak perempuan ibubapa Julia dan membawa berita itu ke kayangan. Ibu Remy rasa berat hati melepaskan Ju pergi. Dia meminta Ju jangan segan-segan memberitahu dia sekiranya Ju apa saja masalah. Akhirnya Ju tiba di rumah Julia dan Julia memberitahunya sebenarnya Sofia sudah tinggal bersama dengannya juga. Remy meminta diri dan meminta Ju jaga diri. Sofia tumpang gembira kerana Ju mendapat teman lelaki yang begitu mengambil berat tentang Ju. Sewaktu di rumah Remy termenung dan terasa rindukan Ju. Remy memberitahu ibunya bahawa rumah baru yang dia tinggal sekarang agak besar juga.



Hani pergi ke rumah Remy. Tetapi Remy tidak ambil peduli dengan kedatangannya. Hani mengajak Remy keluar tetapi Remy ingin bersolat. Di rumah Julia, sewaktu makan malam Ju terfikirkan tentang ibu Remy.

Sekian daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi pada hari Selasa, 31 Mac 2009 dalam Episode 17 Drama Lagenda: Julia Juli. Semoga terhibur.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, tv9 dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by